Monday, October 19, 2009

NEGERIfm

Radio Malaysia NEGERIfm ‘Ingat Sampai Bila-bila’
Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohammad Rahmat. Lokasi kini terletak di Jalan Sungai Gadut sejak 2007.
Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar pada ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman.
Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afarDikenali sebagai NEGERIfm sejak tahun 2005. Sebelum ini ia diberi nama Radio 3 Seremban (1990) dan Radio Malaysia Negeri Sembilan (1998). Kini dikenali dengan nama Radio Malaysia NEGERIfm
Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton
Siaran radio NEGERIfm boleh diikuti menerusi gelombang-gelombang 92.6 di Seremban, 95.7 dari Bukit Tampin, 101.3 dari Port Dickson dan 107.7 dari Gunung Ledang, serta meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, utara Johor termasuk Muar dan Tangkak, sebahagian Pahang dan seluruh Melaka.
Waris NEGERIfm – Merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar.
INGIN MENGETAHUI AKTIVITI TERKINI KAMI? Layari...http://radiomalaysianegerifm.blogspot.com